|

By Larry Parr
Chess Life Editor 1984 - 1988
Author
LEBIH
BURUK DARIPADA
JENAYAH?
APABILA
DEWA CATUR TERSILAP LANGKAH (IV)
Menghormati
lawan dan menerima hakikat keputusan didalam sesuatu perlawanan adalah refleksi
spontan seseorang pemain yang matang. Tetapi adakalanya, penghormatan yang
diberikan secara keterlaluan terhadap kebolehan seseorang boleh menghasilkan
sesuatu yang menakjubkan dan sukar diterima dan difahami pihak lawan:
GM Laszlo Szabo - GM Samuel
Reshevsky, Candidates’ Tournament, 1953
Reshevsky

Szabo
20. ... Bxf6??
Kesilapan
pergerakkan ini hanya boleh di berikan tanda soal kerana ianya membenarkan pihak
lawan mendapat shahmat didalam dua pergerakkan. Pemain hitam juga akan kalah
sekiranya ia bermain 20. ... Kh8 kerana pemain putih boleh membuatkan
pergerakkan seperti 21. Qc3 atau 21. f4, disusuli dengan f4-f5
21. Bxf6??
Pergerakkan
ini menimbulkan satu persoalan menarik (pemain putih masih memenangi permainan)
memandangkan beliau tidak menyedari taktik mudah untuk menang dengan 21. Qxg6+
Bg7 22. Qxg7, shahmat. Szabo
kemudiannya menjelaskan kesilapannya: “Tidak mungkin Reshevsky membenarkan
lawannya mengenakan shahmat didalam dua pergerakkan.” Bobby Fischer pernah
menulis, “Dalam tempoh sepuluh tahun – antara 1946 dan 1956 – Reshevsky
boleh dianggap sebagai pemain catur terbaik dunia. Saya yakin sekiranya beliau
bermain dengan Botvinnik pada masa itu, beliau akan menang.” Sekiranya ada
perlawanan yang sebegitu, mungkin tiada siapa yang akan dapat mengetahui siapa
diantara mereka berdua yang akan memenanginya namun, kita tahu siapa yang telah
memenangi perlawanan ringkas antara mereka berdua pada tahun 1955. Sammy menang
2 ˝ - 1 ˝.
21. ... Bxd5 22. cxd5 Qd6
23. Qc3 Qxd5 24. Rfd1 Qf5 25.
e4 Qe6 26. Bg7 b6
Pemain
hitam sudah pasti kalah tapi masih belum menyerah
Reshevsky

Szabo (to play)
27. Bxf8??
“Seseorang
telah tersilap” mengikut kata Tennyson didalam bukunya “The Charge of the
Light Brigade”. GM Szabo masih boleh memenangi permainan ini dengan membuat
ancaman shahmat di petak g7, tapi dia masih tidak dapat melihat turutan taktikal
mudah bermula dengan 27. Bh6 f6
28. Qg3, memberikan ancaman serentak 29. Qxg6+ dan 29. Qxb8, memenangi
Tir lawan
27. ... Kxf8, seri
David Bronstein menulis
didalam bukunya mengenai kejohanan ini: “Szabo serta merta menyedari
kesilapannya dan ini mengganggu fikirannya sehingga dia menggunakan hampir
kesemua masanya, dan tanpa membuat sebarang pergerakkan, menerima keputusan seri
yang ditawarkan Reshevsky kepadanya setengah jam terdahulu. Akibat pengalaman
yang traumatik ini, Szabo mengambil masa yang lama untuk membina semula
keyakinan dirinya yang menjejaskan permainannya didalam baki kejohanan ini."
QUICK GLANCE
|