|

By Larry Parr
Chess Life Editor 1984 - 1988
Author
Lebih
Buruk daripada Jenayah?
(Sambungan)
Apabila
Dewa Catur Tersilap Langkah
(VIII)
Penjelasan GM Szabo bahawa tidak
mungkin seseorang pemain catur yang hebat akan membenarkan lawannya membuat
pergerakkan kemenangan didalam dua langkah mudah, boleh di perhatikan dengan
jelas didalam permainan antara Alekhine dan Euwe dimana kedua-dua pemain membuat
beberapa kesilapan yang nyata
Alexander Alekhine -
Max Euwe, Game 16, World Championship Match, 1937.
Euwe (akan bermain)

Alekhine
25. ... Qe5??
Euwe membuka peluang taktikal kepada lawannya mungkin kerana pergerakkan
yang baik sukar ditemui didalam posisi sebegini. Alekhine mengulas 25. ... Qf5
boleh dibalas dengan 26. e4 Qe5 27.
Bb2! Bxb4 28. Nd1 Qd6
29. Bxf6 Qxd1+ 30. Kg2 dan menang.
26. Bb2??
Alekhine terlepas peluang taktikal 26. Qh8+! Kxh8
27. Nxf7+ Kh7 28. Nxe5 yang boleh menghasilkan peluang kemenangan. Ternyata
dia tidak menyangka Euwe akan dengan mudah memberikannya peluang untuk membuat
kombinasi tersebut
26. ... Bc6??
Euwe masih tidak menyedari kesilapannya, tambahan pula, sekiranya
terdapat peluang untuk mendapat kemenangan yang mutlak, Euwe berpendapat
Alekhine sudah tentunya akan mengambil kesempatan tersebut. Euwe perlu membuat
pergerakkan 26. ... Bd6 untuk menyelamatkan posisinya
27. a3??
Alekhine sudah pastinya akan dapat memaksa Euwe untuk mengaku kalah
dengan pergerakkan 27. Qh8+! Kxh8 28.
Nxf7+ Kh7 29. Nxe5.
27. ... Bd6
Euwe
akhirnya menyedari kesilapannya dan berjaya mempertahankan kedudukkan, dan
permainan berterusan sehingga keputusan seri dicapai pada gerakkan ke 65.
QUICK GLANCE
|