Quote of the month:
Chess is a game of bad moves. - Andrew Soltis         

Issue 13 (10 Oct. 2007)

 

Home    |     Links     |     Archives     |       Leave a Message      |     Chess Clippings


proud to be a  
chess player 

Home
Links
Archives
Leave a message
Chess Clippings
  


By Larry Parr 
Chess Life Editor 1984 - 1988
Author

LEBIH BURUK DARI JENAYAH?   
(Sambungan)

Pertembungan Szabo - Keres (Candidates’ Tournament, 1953) mempamerkan cara terbaik untuk mengendalikan sesuatu kesilapan  yang telah dilakukan oleh seorang super grandmaster. Pertamanya, seseorang pemain itu seharusnya menyedari kesilapan yang telah dibuat oleh lawannya, dan mempamerkan rasa hormat dengan menunjukkan reaksi serius terhadap kesilapan yang telah dibuat, tetapi tidak seharusnya terlampau perasaan hormatnya itu sehingga ia boleh mengabui pemikiran. Keduanya, seseorang itu seharusnya juga mengambil kira bahawa lawannya yang hebat ini mungkin mempunyai beberapa tipu helah taktikal yang memeranjatkan. Cuba kita perhatikan reaksi Paul Keres didalam permainan berikut:

GM Laszlo Szabo - GM Paul Keres, Candidates’ Tournament, 1953.   

Keres

Szabo (akan bermain)

5. Qa4+??  

Permainan bermula dengan 1. d4 d5  2. Nf3 Nf6  3. c4 dxc4  4. Nc3 a6 – siri pergerakkan biasa untuk sistem pembukaan Queen’s Gambit Accepted. Putih seharusnya meneruskan permainan dengan gerakkan 5. e3 kerana Hitam tidak boleh mempertahankan bidak gambitnya dengan bermain 5. ... b5 disebabkan oleh 6. a4 c6  7. axb5 cxb5  8. Nxb5. Pergerakkan Szabo dengan menggunakan Menterinya ini merupakan satu kesalahan yang teramat besar

5. ........ b5

       Tanpa mempamerkan sebarang reaksi yang ketara, Keres mengambil masa selama 15 minit untuk menyempurnakan pergerakkan ini. Sekiranya Putih bermain 6. Nxb5, Hitam akan mendapat kelebihan sebiji buah catur dengan pergerakkan 6. ... Bd7. “Secara berseloroh,” Bronstein menulis di dalam buku kejohanan ini, “ia merupakan permainan paling ringkas kejohanan walaupun pada hakikatnya ia berlarutan sehingga pergerakkan ke 41.  Selepas pergerakkan ... [5. Qa4+] Szabo sudah sepatutnya menyerah kalah kerana dia telah menghadiahkan Keres kelebihan sebiji bidak dan satu tempo pergerakkan. Kita tentunya berasa hairan bagaimana Szabo boleh melakukan kesilapan dengan memberikan sebiji bidak percuma seawal pergerakkan ke lima permainan.” Sudah tentunya, kesilapan itu adalah lumrah permainan dan tiada siapa yang boleh terlepas dari melakukannya.

QUICK GLANCE

  

Last updated 10 October  2007